Tuesday, December 13, 2011

Pengalaman menjadi komiti Masakan yang the best!

bergambar sebelum kepulangan ust Nazrey dan anaknya yg saaaangat comel!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pinjaman nyawa pada ketika ini. Ingin mencoret sedikit pengalaman menjadi komiti Catering bagi program Closing Campro 3 dan Islamic Musical Theatre pada hari Ahad lalu, 11/12/11.

Ini bukan kali pertama jadi komiti Catering untuk program. Dah banyak kali jadi. Bukan setakat Catering, Prep and Tech, Special Task, Pub and Pro pon dah. Cuma tak pernah diberi peluang untuk jadi PC. hehe

Yang menariknya kali ni, aku tak rasa stress pon buat kerja. Walaupun ada saat2 yang mendebarkan dan mencuakkan, namun aku try hadapinya dengan senyuman. I tried to be positive :)

Dan hasilnya, kita tak jadi nak marah orang. Kita dapat berlapang dada. Kita redha dengan ketentuan Ilahi dan tak berputus asa :D

Walaupun banyak kerja yang jika dilihat, aku sorang je yang buat, tapi aku berasa puas hati! Alhamdulillah..

Semoga pengalaman yang ada ini dapat mematangkan diri dan menjadikan diri lebih baik serta lebih dekat dengan Allah.

No comments: