Saturday, December 3, 2011

Kenangan MANIS tercipta semalam


Rasanya exam pertengahan semester kali ni sangat mencuakkan atau boleh dikatakan sangat menarik. Sebab apa?

Waktu midterm Advanced Analysis haritu, cuak dan excited nak dapat soalan. Bila dapat je soalan, terus blur!

"ish..susah giler soalan! satu apa pun yang revise semalam tak keluar!", berkata dalam hati.

Pastu jeling2 dekat orang sebelah, iaitulah Cik Hawa. Asal diorang semua COOL je bila nak jawab ni?

Pastu baru la perasan. Sebenarnya dapat kertas soalan subjek lain! ahahahahha :D

COMPLEX ANALYSIS


Tak tahu la tu subjek apa. Terus cepat2 angkat tangan dan cakap dekat sir! Fuuhhh...bila dah dapat kertas soalan sebenar, Alhamdulillah :)

Semalam pulak ada midterm untuk subjek Scientific Computing. Ya Rabbi..susahnya subjek ni! Kena belajar bahasa komputer. And for the first time ever, we'd our conference during the midterm yesterday!huhu. Tapi rasanya, lecturer dah boleh agak kami semua buat air KOPI sebab ada kemudahan internet.


Terasa gembira yang amat bila orang mula2 letak link jawapan semalam! huhu. Sangat berterima kasih dengan orang2 yang menghadiri conference semalam. Semoga kami akan sedar lepas ni, untuk belajar awal2 before final nanti. Ish3..macam mana la nak jawab final nanti. Sah2 tak ada conference la kan..

Semua ini kenangan MANIS yang akan dikenang sampai mati. Pastu nanti, kalau dah jadi orang berjaya, boleh la nak share dengan orang ramai cerita LAWAK ni .Tapi, kalau sebaliknya..hmmm diam2kan ajelah kan. heeeeee :P

No comments: