Saturday, November 26, 2011

Kerana diammu


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan .. kekuatan harapan... hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.. bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya ?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, moga Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat bagimu...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

Ku akan terus mencintainya didalam diamku..walaupun kutahu ku tak layak untuk memilikinya. hanya keikhlasan saja mampu untuk kuberikan kepadanya.....

Hanya seutus surat sebagai tanda ketulusan hati dan keikhlasan jiwaku..

No comments: