Friday, November 11, 2011

11/11/11

Ramai orang kata hari ni cantik. Cantik sebab apa? Cantik sebab tarikh 11/11/11. hmmm..tapi status kak Adah kat fb membuka mata hatiku. Hari ni cantik sebab hari ni hari Jumaat. Sayyidul Ayyam bak kata orang arab. Penghulu segala hari :)

Hari ni juga hari bersejarah buat sahabat baikku, Nur Atiqah bt Mohd Marzlan sebab dia dilahirkan 23 tahun yang lalu pada tarikh 11/11/1988. Sahabat baik sejak sekolah menengah. Geng nak buat jahat, geng nak buat baik, geng nak mengum***, geng ... macam-macam lagi la.

Hari ni juga ada majlis perpisahan tingkatan 5 kat sekolah al-Amin. Bila pegi sekolah tadi, oho TERASA TUA dowh! ye la..dah 6 TAHUN aku tinggalkan sekolah. Rindunya!!!

Sempena itu juga, mereka meraikan persaraan cikgu Rushida dan cikgu Wasitah yang telah banyak berjasa dan berkorban untuk sekolah. Buat senior2 al-Amin (kalau ada yg terbaca blog ni) selalulah jenguk-jenguk dan ziarah cikgu-cikgu kita kat al-Amin tu. Mereka sangat-sangat ternanti-nanti akan ziarah dan lawatan dari anak-anak didik mereka. Semoga keberkatan ilmu yang kita peroleh akan berkekalan sampai bila-bila.


aku-cikgu Rushida-Atiqah




bersama cikgu Wasitah.legend kat sekolah ni! sangat GARANG bila masuk kelas dia :)



















Inilah suasana 3 hari sebelum SPM 2011 bermula.




Wah..teringat kenangan lama, kenangan ambil SPM 2005 kat tempat yang sama :)

Sungguh rindu saat itu!

Sungguh rindu masa itu!

Sungguh rindu zaman itu!

Semoga Allah memberkati Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.





No comments: