Monday, August 15, 2011

Matematik susah ke?


addmath den xmasuk 1 hape....yg buat fomula addmath uh adelah seorang pembunuh...hahahhahaa

Itu adalah kata-kata yang diambil dari facebook. Matematik Tambahan masih lagi menjadi igauan ngeri bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM. Dahsyat betul budak ni bagi kiasan. Bagi saya, saya lebih takutkan kertas Biologi daripada Matematik Tambahan. Aneh ke?


Tak lah..Mungkin sebab itulah sekarang ni saya belajar Matematik sedalam-dalamnya. Tapi tak cukup dalam lagi ni. Dulu begitu susah saya nak hafal term-term bio ni. Esok nak exam, harini baru terkial-kial nak baca. Serius tak suka!

Lain la Matematik Tambahan. Boleh buat latihan banyak-banyak. Lagi susah lagi best! Kalau tak tahu, esok pergi sekolah terus serang cikgu.Tapi kan..


Belajar Matematik kat UIAM dalam peringkat degree, saaaaaaangat berbeza! Mula-mula nak kena tahu macam mana nak proof atau buktikan sesuatu theorem atau formula. Lepastu, nak pandai Maths ni bukan setakat buat latihan banyak-banyak macam nak exam SPM dulu. Tapi lebih kepada memahami teori. Kalau teori pun tak paham..selamat tinggal lah!

Setakat ni, Alhamdulillah. Masih lagi seronok dengan Matematik. Tapi, saya ni bukan jenis yang hebat bab-bab teori ni. Waktu belajar teori, kalau tak blur, memang tak sah. Best kan? Hahah..



So, jangan takut dah dengan Matematik ni. Dan jangan takut jugak dengan Biologi [nasihat kpd diri sendiri.heh] Ilmu Allah luas dan sangat banyak. Sentiasalah mencari redha Allah dalam menuntut ilmu. Insyaallah nanti Allah memudahkan jalan kita menuntut ilmu =)

4 comments:

Harir Al-Azraq said...

LOL~ Bio lagi suka..pasal boleh goreng, hahha...xlah..bukan goreng ape la kn, psl die fakta..salah goreng pn salah juga kan...tp best..hehe.

Math pn okey je..tp kalo suh blajar blk skrg..err mintak ampun..psl da xhengat satu ape pn..huhu~

HafizahNik said...

i'm not good in menggoreng.haha

nak ingat fakta tu sangat la susah.memang tabik spring ah!

Nailofar said...

saya pun TAK SUKA bio!!! haha

perindu_خلافة said...

saya suka bio sebab bicara tentang tubuh sendiri.. tp bila soal cinta, saya akan pilih math, sbb tu saya lebih senang jadi tutor math utk junior² kat sekolah lama dulu ^_^

Perkongsian Rasa