Saturday, August 27, 2011

26 Ramadhan 1432H-MASJID WILAYAH

Alkisah kami bermula dengan pengembaraan kami ke UiTM Shah Alam. Niatnya, kawanku ni nak bayar saman kereta yang dia dapat sepanjang sem lepas pengajian. Saaaangat la banyak jumlah harga saman beliau..rm 450! Dahsyat juga polis bantuan UiTM ni. Mahal sangat samannya. My friend ni cakap, sejak unit keselamatan UiTM ni dinaik taraf kepada unit polis bantuan, harga saman pon naik. Satu kesalahan boleh mencecah sehingga rm100.wow..nasib baik UIAM kuantan ni baik lagi. Pastu kitorang siap boleh merayu untuk kurangkan saman. Kalau dapat saman rm 50,boleh la kurang jadi rm30.ok la kan?

inilah pejabatnya.dah macam balai polis pon ada.located in the middle of UiTM.it took sejam setengah nak sampai UiTM Shah Alam ni.jam punya pasal



After dah settled bayar saman, kitorang ke kolej Mawar untuk solat Asar.macam biaselah,kosong aje kolejnya.student tengah cuti


Lepas solat Asar, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Wilayah.yes! first time nak gi berbuka puasa dan iktikaf kat masjid ni. Selalu tengok dalam tv je kan..ni program bersama geng2 sekolah al-Amin. Dah lama tak jumpa, so kitorang merancang program yang dapat together-gether for a night :)


arrgghh..kesabaran teruji.waktu ni pukul 5 lebih.jammed!!!



Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami tiba di Masjid Wilayah. Masjid yang menjadi saksi pernikahan antara Siti Nurhaliza dan suaminya =) Teruja bila sampai..macam masjid di Turki, Masjid Biru. Seni bina dia pun..macam kat Turki.ok tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab I know nothing about architecture -_-

Inilah asal usul terjadinya program kami ni.ahaha! ada sorang kawan nak belanja coklat cake. Then, dia suruh ajak la sesape. Kawan ni dah keje. Seronok bila kawan dah keje. Dia tak lupakan kitorang! Kek ini dinikmati selepas terawih sebagai moreh yang pada waktu tu pukul 11 malam. Tapikan..waktu tu perut kelaparan sebab tak makan nasi lagi lepas berbuka tadi. Bubur lambuk je yang menjadi juadah berbuka kami td. Makanya, KFC menjadi sasaran kami. Ish3..

korang perasan tak..macam kat UIA kan?cuma bezanya instead of tulisan jawi, kat uia tulis dalam bahasa arab =)

Pengalaman yang best. Macam2 yang jadi. Hanya kitorang yg tahu.hehe *sekarang dalam mood jelous! sebab kawan2 tulis status "SERONOKNYA BALIK KAMPUNG!" lagi2 sape yang balik kelantan tu..huh.haha tak puas hati ni..*

No comments: