Wednesday, May 18, 2011

Selamat Tinggal Presint 15

Ho yeah! ALHAMDULILLAH ^_^

Kini, saya dah tak tinggal kat Perumahan Penjawat Awam Presint 15. Saya sudah berpindah balik ke rumah kesayangan di Gombak. Antara sebab saya tidak jadi tinggal di Presint 15 adalah:

- dah jumpa bas yang berulang dari Gombak ke Putrajaya (sebab yang terbesar)
tapi kena bayar bulanan la. Yuran bas murah je kalau nak dibandingkan dengan kos penyewaan bilik, sewa broadband, perbelanjaan makan malam (which almost everyday makan malam kat Alamanda.Tak ke bankrup?) dan tambang BAS,ERL dan LRT balik ke rumah setiap hari Jumaat.

- hari-hari kalau nak pergi kerja,kena jalan kaki selama 10-15 minit dulu baru sampai ke tempat menunggu bas which I think it is good for me sebab boleh exercise. Tapi kan,kalau hari-hari macam ni selama 2 bulan, tinggal tulang je nanti.

- makan malam kena cari sendiri sebab kat rumah sewa ni tiada dapur untuk memasak. Jadi, lepas kerja terus la saya merantau sekitar Putrajaya untuk mencari makanan. Kadang-kadang makan malam kat Presint Diplomatik dan di Alamanda. Of course la duit senang je keluar. Laju macam air terjun!

Sekarang ini saya berulang lah dari Gombak ke Putrajaya. Ada orang cakap: "tak penat ke?"
saya jawab: "tak penat pun.Bukan saya yang bawa bas!hehe"
Naik bas pagi-pagi, jadi sleeping beauty. Petang nak balik rumah, jadi sleeping beauty lagi. So, tak penat kan?Sampai rumah, makanan dah siap disediakan oleh umi tercinta.

Nothing much to say.

SELAMAT TINGGAL PRESINT 15!

8 comments:

Hermione Sakura said...

good, good, hehe. btw fzah, gombak ke putrajaya bape lama?

HafizahNik said...

45min naik bas.kalau naik kereta,stgh jam dah sampai ^_^

Perindu Damai said...

wah! sleeping beauty gituu..auww!! hahaha

HafizahNik said...

comel kan ^_^
hahahahahahahahaha

munirah said...

ermm, boleh taw tak, mcm mana nak naik bus dr gombak ke putrajaya tuhhh ? :)

Anonymous said...

nak naik bas dari gombak ke putrajaya kat mana? saya baru dilantik jadi kakitangan kerajaan. pukul berapa bas? satu bas ke setiap sejam?

Anonymous said...

salam. boleh saya tau details bas tu?saya tinggal di gombak juga. berulang ke putrajaya tetiap hari naik kereta. ingt nak naik bas pulak.

harap dapat membantu.

Nurul Asykin said...

Salam dik, cmne nk naik bus tu ? Dr LRT gomabk tu ke ? Bp RM/monthly?