Wednesday, February 23, 2011

Assignments


Assalamualaikum wbt..sempat juga nak menulis walau dalam keadaan yang busy sangat ni.hehe

Ye..assignment makin belambak! -_-

Allah nak suruh sy berSABAR..nak bagi pahala banyak ni.tapi,tanpa sy sedari,selalu je sy merungut itu dan ini..

Rasanya inilah lumrah kehidupan.Tak lekang dari kerja dan kerja dan kerja..dan selagi namanya pelajar,haruslah banyak assignment,quiz,tutorial dan macam-macam lagi la..belajar selagi boleh.nanti kalau dah hilang nikmat belajar,jangan menyesal!

-esok nak hantar assignment comp math
-lusa ada quiz statistics I dan kena hantar assignment satistics I
-jumaat kena hantar correction mid term comp math [mesti hantar utk lulus!]
-khamis depan ada mid term stada




sekarang ni tengah menyiapkan assignment computational mathematics
subjek paling tough sem ni..
rekod baru..semua orang fail subjek ni! including me la.huhu




ha..nilah contohnya..kalaulah nisa' baca entry ni, ingat lagi x cane nak integrate?hehe
ye la..kot dah lupa habis maths ni ^_^


Allah Yang Maha Berkuasa atas sesuatu, mudahkanlah perjalanan kami sebagai pelajar yang harus menggalas tanggungjawab ini disamping menjadi hambaMu yang sentiasa inginkan keredhaanMu dan daie yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah dalam menegakkan agamaMu..mudahkanlah ya Allah~

2 comments:

Khairunnisa' Kamaruddzaman said...

oh fiza..of cozzz la sy dh x ingt apa2. haha..

Lensa TANGAN said...

haha..aiyooo
xpelah.asalkan ingat muka lecturer pon ok dah :P