Sunday, January 2, 2011

Suntikan Azam Baru 2011

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih meminjamkan nyawa ini kepada tuan punya blog ni untuk terus mencoret berdasarkan lensa mata dan hatinya..[kali ni tak de lensa kamera sebab tak bawak kamera]

Sy telah berkampung atau dlm bahasa inggeris kita panggil camping selama 3 hari 2 malam.bermula 31/12/10 sehingga 2/1/11.boleh kata memang tak rasa pun dah bertukar tahun sebab duk dalam hutan.hehe


SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG LENSA KAMERA,MATA DAN HATI



Basically,ada 3 talk sepanjang camping ni:

1."JIHAD & SYAHID"

by Dr. Putri
9.15 pm
31/12/10

haa takut tak tengok tajuk ni?sy nervous kot bila dengar tajuk ni!
Slot dimulakan dengan tayangan video lagu Damai Yang Hilang oleh kumpulan Nowseeheart.Dr Putri menerangkan bahawa umat Islam sekarang ni dibuat sesuka hati oleh musuh Allah.Agak-agak kenapa semua ni berlaku?mana pergi orang Islam yang lain?semuanya sebaaaaaabbb:

CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI

Lepas tu,Dr bercerita pasal REEMA SHALIH AR-RIYASHI.korang semua kenal tak?mesti tak kan?sy sendiri pon 1st time dengar nama tokoh ni.Reema adalah seorang ibu kepada 2 orang anak yang berumur 3 tahun dan 1 tahun setengah.Beliau pula berumur 22 tahun.Pada 14/1/2004,satu perisitiwa besar telah berlaku pada dirinya.Beliau telah menjadi PENGEBOM BERANI MATI WANITA HAMAS YANG PERTAMA.

Beliau sanggup meninggalkan 2 orang anaknya buat selama-lamanya demi Islam.Syahidnya bukan main-main malah berstrategi dan telah melakukan persediaan yang rapi sebelum dia syahid.

"KERANA DENGAN SYAHID KITA AKAN MEMILIKI KEMBALI"


2."NYALAKAN NYALIMU"

by Bro Fakhrul Anuar
8.30 am
1/1/11

Slot ni berkisarkan persiapan pendakwah dalam kalangan syabab.Kebangkitan umat Islam adalah rata-rata daripada golongan pemuda dan pemudi.selingan sikit.satu perkataan arab yang saya dapat waktu slot ni adalah TADHIYAH:berkorban.Kesimpulan daripada slot ni,ada 4 persiapan diri yang perlu setiap pemuda-pemudi yang inginkan Khilafah Islamiyyah menakluki bumi Allah ni:

1.Tingkatkan ilmu dan kefahaman berasaskan manhaj yang sahih
2.Hidupkan jiwa pemuda
3.Amal jama'ie
4.Tingkatkan potensi diri


3."BERGERAKLAH!"

by Pak Ngah
8.35 am
2/1/11

Lepas dah paham jihad tu apa..and dah tahu tips untuk membuat persiapan,sekarang kenalah bergerak!Pak Ngah juga bagi 6 panduan supaya kita sentiasa bergerak.bergerak apa ni?
maksudnya sentiasa bergerak dlm medan dakwah..tak statik je..
6 tips tu:

1.Jaga hati sucikan diri
2.Bergeraklah!jangan duduk sahaja
3.Suka menyendiri itu bahaya
-bila kita suka duduk sorang-sorang,syaitan lagi suka cucuk jarum dia.lagi senang kita nak terpengaruh dengan bisikan syaitan.So,mulalah kita malas nak pergi program.
4.Tutup buku masa lalu
5.Jangan sibuk bicara
-jangan sibuk bicara hal melalaikan hati
6.Jangan koleksi maksiat

Rasa-rasanya inilah input yang sy perolehi sepanjang mengikuti perkhemahan ni.Ukhwah itu manis bila kita bermusafir bersama ^_^

Wallahua'lam

No comments: