Monday, January 10, 2011

Itulah si Anak Muda,Itulah Sebaik Raja


Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantine gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.

Saya terkesan dengan BENGKEL AL-FATEH yang telah diadakan di UIA Kuantan semalam.Mula-mula mengikuti bengkel ini atas nama komiti sahaja.

Lepas tu,sebagai komiti publication and promotion,saya kena sediakan soalan quiz.So,saya pun google lah cerita si anak muda ni.Lama-kelamaan tertarik dengan kisah si anak muda tersebut.

Wow!!!penyampaian ustaz Syaari saaaaaaaaaaaaaangat BEST!
Terasa mahu menjadi peserta sewaktu bengkel semalam >.<

Semoga semangat al-Fateh semalam tidak terkubur begitu sahaja..clearkan visi dan misi anda!

No comments: