Tuesday, January 4, 2011

5 s

Berikut adalah hasil karya daripada kumpulan IKHLAS sewaktu perkhemahan minggu lepas.Semoga beroleh manfaat.

Rasa mana harus ku lahir
Air mata mana ku tumpah
Cintaku, sesalku, syukurku, hinaku

Sekilas ku menatap ke kaca tv
Mengah, sesak, sempit, kian menusuk di dadaku
Apa yang ku lihat
Berita-berita sampah dilaburi fitnah
Drama-drama karut yang memesongkan aqidah
Iklan-iklan kotor yang dihiasi maksiat

Tapi ku lihat kau saudaraku
Hanyut dalam arus hedonisme
Merasa terhibur dengan pesona dunia
Adakah kau sudah lupa
Dengan megingati Allah hatimu bisa tenang
Dan dengan mendalami al-Quran jiwamu bisa terhibur?

Wahai saudaraku..
Tidakkah kau ingat pada ketika itu
Piala dunia sedang berlangsung
Para pemain ghairah mendedahkan aurat
Dan engkau pula..
Bagaimana malamnya dihabiskan
Engkau bersengkang mata, berjudi, bersorak
Untuk kegembiraan yang tiada maknanya
Sedangkan sebelum itu
Pernahkan engkau bangun bertahajjud
Bermunajat kepada Allah
Padahal itulah..kegembiraan hakiki

Disaat kepuasan dicari
Alunan suara melalaikan hati-hati yang ternoda
Membuai jiwa
Irama itu beraneka ragam
Usah tertipu wahai manusia
Keasyikannya penuh dusta
Betapa hebat ia diagungkan
Betapa luas ia dicanangkan
Namun tak seindah zikrullah kalam Ilahi

Mengapa saudaraku mengapa?
Nikmat sihat kau perjudikan
Nikmat harta kau persiakan
Hanya kerana benda jahanam itu!
Kau bukan tidak tahu
Tapi, kau lebih suka menuruti nafsumu
Sedarlah saudaraku
Hapuskan ia dari hidupmu

Apa itu S.E.K.S ?
Dahulu, perkataan itu begitu sukar kedengaran
Namun, manusia kini tidak segan silu lagi
Malah zina terus berleluasa
Bermula dengan hubungan terlarang
Diikuti maruah tergadai, agama dinoda
Lahirnya si anak tidak berdosa
Malah longkang menjadi sasaran
Runtuhnya akhlak mulia umat Muhammad dihadapan kalian
Di mana kita para du'at?
Ayuh bangkit! kita cegah zina

Lihatlah saudaraku! Lihatlah!
Inilah realiti umat sekarang
Kita bangga kita merdeka
Namun fikiran dijajah kafir laknatullah
Tanpa sedar kita mengagungkan ideologi mereka
SCREEN, SPORTS, SONG, SMOKE, SEX
Gah membudaya
Ayuhai para du'at
Adakah kita dalam kalangan mereka???

No comments: