Saturday, December 4, 2010

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt..

Dah sehari Kem Hafazan Al-Quran habis.Macam terasa baru semalam menjejakkan kaki ke Tahfiz Ar-Redha.Teringat dekat anak-anak murid kumpulan hafazan 2.Agak-agaknya macam manalah hafazan mereka kat rumah ni.Rindu juga dekat anak-anak murid yang lain :)
Rasanya,ini kali pertama ikut program yang fasilitatornya dipanggil USTAZAH.Rasanya memang patut pun sebab ni kem hafazan Al-Quran.Jadi,nak mendidik rasa hormat kat
muallimah,kenalah panggil dengan panggilan yang sepatutnya ^_^


Hmm..terasa nak cerita pasal anak-anak murid kumpulan hafazan 2.Kesemuanya ada 7 orang.

1.Hazwani:Wani ni sangat cepat menghafal.Kira,dia nilah pelajar harapan saya.Semasa mengikuti kem ni,dia dapat hafal 5 hadis,surah yaa sin dan dari surah an-nas sampai ad-dhuha.Alhamdulillah..segalanya mudah bagi dia.Sangat baik orangnya.Bakat kepimpinan pun ada padanya.Sangat menghormati ustazah-ustazah.Semoga keinginannya untuk menghafal Al-Quran sentiasa tersemat di jiwa.

2.Aisyah:Aisyah ni nakal sikit.Dia ni la penghibur dalam kelas hafazan.Selalu sangat bercakap dan tidur dalam kelas.Pastu kan,suka sangat pergi tandas.Boleh dikatakan,setiap 10 minit,"ustazah,saya nak pergi tandas".Ha yela yela..Aisyah dapat hafal 4 hadis,dan surah al-Mulk ayat 1-12.Dia suka baca surah al-Mulk dengan lagu "Siti Nurhaliza" katanya.





3.Nurin:Mula-mula tengok nama dia ni,teringat pulak kat Nurin Jazlin.Tapi nama dia lain sikit.Nurin Jazlina.Comel dan lawa orangnya.Sangat baik dan patuh.Dan sangat RAJIN dan berazam TINGGI!Mula-mula,cara dia menghafal slow sikit.Tapi lama-lama ada peningkatan.Dan tersangatlah rajin untuk tasmi' banyak kali kat ustazah dia.Kalau orang lain baca sekali,dia akan baca dua kali.Kiranya dia ni tak pernah mengalah dan putus asa.Saya boleh lihat peningkatan yang konsisten pada dirinya.Dia dah hafal an-Nas sampai al-Qadr.




4.Syauqina:Dia ni mula-mula sangat sangat sangat pemalu.Nak cakap dengan saya pun,asyik tunduk je.Waktu tasmi' pun sama.Bila bercakap dengan dia,memang susah nak dapat respon.Bila tanya kakak dia,katanya Syauqina memang tak akan cakap dengan orang yang dia baru kenal.Wah..mencabar sungguh jadi ustazah kat dia ni.Nak kena dapat kepercayaan dia.Barulah dia nak kongsi persaan suka duka dia kat saya.Memang mula-mula agak tension jugakla tapi dia cepat jugakla dalam menghafal.Pastu,bila dah hafal yang baru,tak ingat yang lama.Mula-mula dia dah hafal dari an-Nas sampai As-Syams.Tapi,bila nak buat ujian,terpaksa dikurangkan dari an-Nas sampai Az-Zalzalah.Haaa bila dah kurangkan surah,alhamdulillah la hafalan dia lancar je.





5.Hafizatul:Hehe nama pun dah dekat dengan nama saya.Dia dah hafal dari an-Nas sampai al-Lail.Tapi disebabkan dia hari-hari ada tuisyen dari pukul 8pg sampai 2 petang,jadi hafalan dia sedikit terganggu.Dia mudah sangat nak hilang fokus.Setakat ni,dialah yang hafal paling banyak.Tak banyak sangat cerita pasal dia.Oh ya!dia suka sangat senyum dan ketawa bila nak tasmi'.Kasan-kawan dia cakap,waktu ujian pun gelak-gelak bila nak jawab soalan..hehe bagus la tu.

6.Madihah:Hari kedua di kem hafazan ni,Madihah menangis teresak-esak nak balik rumah.Nangis kuat sangat kat depan pintu tahfiz.Rindu ayah katanya.Mula-mula nangis sebab sakit perut.Lepas mak datang melawat,terus nak balik rumah :) Tapi setelah dipujuk oleh mak dia,nasib baik dia tak jadi balik rumah.Madihah berjaya hafal dengan lancar 4 hadis.Harap-harap dia dapat menghayati hadis yang dia hafal.





7.Ulfah:Ulfah Husna namanya.Sedap!macam makanan la pulak ye..Ulfah ni kampung dia kat sini[rumah tok dia dekat dengan tahfiz ar-Redha].Dia sekolah kat Ulu Yam Bharu.Budak-budak ni gelar dia budak selangor.hehe.Ulfah dah pernah ikut kem hafazan ni dulu.Tapi bacaan dia masih terangkak-rangkak.Mula-mula dia kena talaqi sahaja untuk betulkan bacaan.Pastu dia cakap:"ustazah bila saya boleh menghafal?"serba salah rasanya nak bagi hafal sebab bacaan dia tak lancar lagi.Hari kedua terakhir baru la saya bagi dia menghafal al-Quran.Bersemangat sungguh.Dia berjaya menghafal dari an-Nas sampai surah Quraisy.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai anak buah di kem hafazan cuti sekolah tahfiz ar-Redha.Semoga "anak-anak buah ustazah sentiasa mengulang quran dan semoga kita berjumpa lagi di kem hafazan tahun depan :)"

2 comments:

waniey said...

ustzh..
bkpe gambo kte g2??
ala..
udoh r..
ustzh..
ustzh mane lg ad blog??
:putnam:(tanda tanye..)

Lensa TANGAN said...

x udoh la..comey!
hehe..ustzh sa,ustzh ja ngan ustzh hawa pon ade blog.cube cari kat DQNIANS