Monday, September 6, 2010

Adobe Photoshop CS4


Hari ahad yang lepas ada program kat UIA Gombak anjuran IKRAM.Ada kelas nak belajar grafik.Wah seronok bukan main :)

Dalam kelas ni,kami diajar cara nak buat banner,poster dan badge menggunakan adobe photoshop CS4.Tapi mula-mula kena install adobe dulu ye ^_^

Hihi suka bukan main kepalang..

Dulu waktu sekolah menengah,pernah la jugak belajar photoshop ni.Tapi sekarang dah lupa :(

Basic yang ada semua dah hilang.Memang terkapai-kapai jugak la dalam kelas haritu.Izzah CH sangat la bijak.Masih ingat lagi apa yang belajar dulu.Respect la nt!

Sekarang ni tengah rajin search tutorial kat internet :)

Nak memahirkan diri guna photoshop.Ye la nanti senang nak buat poster untuk program akan datang.

No comments: