Friday, August 27, 2010

Rindu


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah baru diberi kesempatan untuk mengupdate blog ni ^_^

Sekarang ni berada di rumah kesayangan ku..pulang sempena cuti nuzul quran dan hari kemerdekaan.

Bila pulang ke rumah,segala kegelisahan di hati semua hilang.nikmatnya berada di rumah.

Boleh lupakan sekejap segala masalah kat uia tu.huhu

Sebenarnya kurindukan Darul Quran..rindu sangat2!

Rindu dgn ustazah Hafizah..kalau boleh balik ke DQ..nak je hafal betul2.x nak sekadar awal maqra' je..huhu


bersama-sama rakan seperjuangan DQ ketika walimah Wan Sufiah


Buat adik-adik yang masih di DQ[macam la mereka baca blog nih..hehe] cuba guna sebaik mungkin masa yang ada kat DQ tu untuk hafal betul2..nanti bila dah masuk uia,susah T_T

___________________________________________________________________

Nak tukar tajuk pulak..

Semalam ada pengalaman baru tercipta :)

Bersama sahabat-sahabat sekelas,kami buka puasa di Padang.

Ramai orang kata:"nape bukak puasa kat padang?"
" xde cafe ke kat UIA?"
"kesian korang!"

hehe sebenarnya nilah keistimewaan kat Kuantan.buka puasa ramai-ramai kat padang masjid negeri Pahang :)

tapi sayang..kawan baikku x ikut sekali.tertinggal kat dlm almari :(

malamnya selepas berbuka,pulang semula ke uia.radio dah mula mainkan lagu raya..

hmm xtau nak sedih ke gembira.gembira sebab nak menyambut hari kemenangan umat islam.tapi sedih sebab terpaksa juga nanti meninggalkan bulan ramadhan ni..

"owh lepas malam ke-15,mmg radio dah start mainkan lagu raya eh?"

hmm baru ku tahu..kenapa la jadi macam ni..raikan la dulu ramadhan ni betul2.nanti jangan menyesal kalau tak jumpa ramadhan dah!

ok sekarang mari kita tambah kelajuan.masa untuk memecut!

SELAMAT BERAMAL!

No comments: