Saturday, July 3, 2010

Kami Berbakti di Labuan 2010

Alhamdulillah usai sudah program kami di Labuan.Satu tempat yang baru bagi kami,pelajar kuliyah sains dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan.

Program ini diberi nama FRIENDS OF SCIENCESS @LABUAN [FOS@L].Seramai 34 orang pelajar sains yang terlibat termasuklah 4 orang pegawai pengiring dan 2 orang ustaz;Ustaz Ali dan Ustaz Fauzi.

23/6/10 [Rabu]

Bertolak dari UIA Kuantan tepat jam 12.30 tgh malam dengan menaiki bas UIA bernombor 5 [perlu ke?hehe]

Kami tiba di LCCT pada jam 4.30 pg.Mengantuk sungguh!Dalam bas tak tidur sangat sebab excited nak pergi Labuan ^_^
Flight kami pada pukul 7.50 pg.Tiba di Labuan pada jam 10.10 pg.

Apabila sampai,terus kami ke KEMAS,tempat penginapan kami sepanjang berada di Labuan ni.


tiba di Labuan


Selepas itu,kami terus membuat persiapan untuk acara pada
malam itu,Ceramah Kerjaya Jutawan yang disampaikan oleh Dr Ramli Tahir dari Klinik Bakti.Petang itu,sempat juga kami mendengar live temuramah di radio Labuan mengenai FOS@L [Azli dgn Muiz je on-air..]

24/6/10 [Khamis]

Pagi-pagi lagi kami bergegas ke Pusat Kokurikulum untuk Program Pelajar Sains Prihatin bersama Ibu-ibu Tunggal.Seramai 15 orang komiti yang turut serta dalam program ni.Selebihnya tinggal di KEMAS untuk menyiapkan persiapan untuk malam ni,Majlis Perasmian dan Malam Satu Cahaya Rabbani.

Ibu-ibu yang datang ke program ini sangat peramah.Mereka sudi berkongsi cerita bersama kami.Malangnya,tiada gambar yang sempat diambil bersama mereka kerana kamera berada di KEMAS [sedih..]

Selepas makan tengah hari,kami bergegas pula ke rumah Azli atau lebih dikenali pak cik dalam kalangan sisters [harap-harap dia tak baca blog ni..haha].K
ami ke sana untuk menyiapkan 500 sandwich untuk diberikan kepada hadirin yg hadir pada Majlis Perasmian nanti.

Bayangkanlah berpuluh-puluh tin sardin yang kena buka,beratus-ratus roti nak kena sapu butter.Semuanya dah jadi macam pekerja kilang [saat-saat yang manis bersama korang semua]
Tanganku cedera sebab banyak sangat buka tin sardin [ala..tak serius sgt pon]

Malam yang dinanti telah tiba.Kami yang tiba dari rumah pak cik,tak sempat nak mandi [ooopppsss!]terus tukar baju dan terus ke Majlis Perasmian!
Wangi sungguh kami semua.hehe


bersama ustaz nazrey johani pada Malam Satu Cahaya Rabbani


25/6/10 [Jumaat]

Pagi ni ada Kuliyah Sains Taman Ilmu dan Budi yang disampaikan oleh Dr Tg Haziyamin;Head Department of Biotechnology.Hmm..rasanya sy tidak sempat ke sana k
erana sekali lagi ke rumah Azli bersama Sai untuk menguruskan keropok lekor yang akan diberikan kepada mereka yg berkenaan.

Tengah hari pula ada Kem Kepimpinan Pengawas.Kem ni lawak sikit.Semangat pasang khemah tapi last-last tidur kat surau juga.Katanya bimbang ada ular dah hujan di tengah mala
m.Ok la atas faktor keselamatan..


kem kepimpinan pengawas.ketua faci,saudara Muiz


26/6/10 [Sabtu]

Kem habis pada pukul 10.00 pg.Lepas tu,kami menghantar wakil ke kenduri ustaz Sharizal.Yang lain kena kemas pusat Ko dan bersiap-siap untuk ke Kg Patau-Patau 2.Sy termasuk dalam geng yang pergi ke kenduri ustaz.Yang lawaknya,sy sorang je yang mengikut tema warna ustaz;warna OREN[padahal aku yang salah.sepatutnya kena pakai baju FOS@L]nasib baik la pak cik tak marah.haha

Jam 1.30 tgh hari,kami bertolak ke Kg Patau-Patau 2.Perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit[dekat je..]

Kami disambut oleh ketua kampung.Kuih-muih telah tersedia untuk kami.Dan kami perlu menunggu YB p166 Datuk Yusuf Mahal untuk merasmikan Program Anak Angkat.RTM pon datang![maaf la deh dop pakai baju FOS@L]

Pada waktu petang,kami adakan aktiviti sukaneka.Aktiviti pertama bersama keluarga angkat.Memang menjadi la aktiviti ni.Hilang rasa janggal bersama dengan keluarga angkat baru.

Pada waktu malam,sesi bersama keluarga angkat masing-masing.

27/6/10 [Ahad]

Pagi-pagi lagi kami bangun untuk bersarapan.Nenek sedikan mee goreng untuk kami.Lepas tu,ada aktiviti gotong-royong bersihkan surau dan laut.

Next,ada kursus sembelihan oleh ustaz dari JAWI[ye kot..].Then,ada main masak-masak dengan orang kampung.

Ya..waktu yang dinanti-nanti,AMBUYAT.First time ktorg merasa anbuyat ni.Pelik!makan dengan tempoyak!

Pada waktu petang,aktiviti bebas lagi.Kami mengambil peluang untuk menaiki perahu ke seberang.Ala..g pasar je pon.Nak shopping mutiara dan lain-lain.

Pada sebelah malam pula,ada malam kebudayaan.Ada persembahan dari Wan Hafiz and the geng.Lepas tu ada persembahan spontan dari keluarga angkat masing-masing.ah..memalukan sungguh.Kami terpaksa menari di hadapan mereka semua..Malam yang penuh dengan gelak ketawa.Pada malam itu juga diumumkan siapa juara sukaneka.

28/6/10 [Isnin]

Sedih..pagi ni nak balik KEMAS dah.Tapi sebelum tu sempat kami mengelilingi kampung dengan perahu dan bot.SERONOK!


sebelum berpisah


Salam perpisahan buat keluarga angkat.Semoga ketemu lagi..

Pukul 12.30 tgh,kami menuju ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan.Nak cruise d Island!

Malam pula,ada bacaan yasin dan tahlil di rumah pak cik.Katanya,untuk arwah abang
sulungnya.Semoga arwah tenang di sana..

29/6/10 [Selasa]

Hari yang sungguh bermakna buat diriku.Hari ni,kami akan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti [PDK] untuk bersama-sama dengan golongan kurang upaya.Sadis..bersyukur dengan diri ini yang sempurna.Alhamdulillah sedikit sebanyak kami dapat menghiburkan mereka.

Kami semua sebak dengan persembahan dari adik-adik di PDK.Mereka menyanyikan lagu Warisan dalam bahasa isyarat T_T

Semoga Allah memberikan rahmat dan rahimNya kepada mereka semua.Ini pengalaman pertama saya bersama golongan kurang upaya.

bersama dgn sharil [bisu]

Selesai bersama mereka,kami berjalan-jalan pula ke Muzium Marin Labuan,Ujana Kewangan [the only shopping center that Labuan has].


di Muzium Marin


Pada sebelah malamnya pula,kami ada Majlis Makan Malam Penutup FOS@L 2010.Semua kelihatan berseri-seri.Keluarga angkat kami pun dijemput sama bagi memeriahkan majlis makan malam ini.

Semoga ukhwah kita berkekalan selamanya..

30/6/10 [Rabu]

Tiba masanya untuk kami kembali ke tempat asal.Flight kami dijadualkan berlepas pada jam 10.40 pg dan dijangka tiba di LCCT pada jam 1 tgh hari.


sebelum menaiki pesawat untuk meninggalkan Labuan


Aku rindu PDK dan Kg Patau-Patau 2!

Satu lagi perkara yang uniknya di Labuan,pak cik bas dan van kami sangat sempoi!memang lain la kalau nak dibandingkan dengan driver bas di UIA Kuantan ni.

Abang Maidi dan Pak Cik Awang memang sempoi!!!

Akhir sekali,sy mendapat kawan baru.Abby,Kak Samirah,Shahida,Ainun dan ramai lagi..

Akan ku ingat keriuhan macam pasar setiap malam sebelum tidur sampai bila-bila ^_^

*untuk melihat lebih banyak gambar,sila lihat di facebook.



2 comments:

hawa awal said...

wah...bestnye...!
xde buah tgn utk sy ke?
hehe~

NUR HAFIZAH said...

hehe tunggu!