Tuesday, May 25, 2010

Suara Siswa


Selamat Malam semua.

Saya baru habis menonton rancangan Suara Siswa di tv1.Tajuknye Pembuangan bayi;Adakah mahasiswa prihatin?

Malam ni,ada wakil dari UIAM;saudari Siti Khadijah Imam Supaat(x igt la jawatan dia..klu x silap exco kerohanian.lebey kurang la..malas nak google)

Lagi 2 orang,wakil dari UPSI;saudara Razik selaku YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan seorang lagi wakil dr UM selaku Exco Sukan,Kesenian dan Kebudayaan(ye ke?betol kot)

Malam ni suasana x hangat seperti biasa mungkin kerana Dr Fazli malam ni suka hentam lebih-lebih dan juga mungkin kerana ahli panel tidak memberi jawapan yang hot-hot.

Saudari Siti masih boleh improvekan lagi public speaking.kalaulah ambik debator UIA,kan lagi best drg berdebat dgn Dr Fazli tu..huhu

Wakil dari UM(x ingat nama dia) memberikan jawapan yang tak kurang hebatnya.Lantang dan berani bersuara.

Secara umumnya,saya pasti semua mahasiswa prihatin terhadap kes pembuangan bayi ni.Cuma,apakah tindakan yang mahasiswa lakukan untuk mencegah daripada kes ini terus meningkat.Secara khususnya,apakah yg MPP akan buat utk menangani maslah ni.

Dan bagi saya,akar tunjang kepada masalah ini ialah kekurangan ilmu agama.Agama yang semakin disisihkan dalam kehidupan seharian.

Sekiranya AGAMA yang menjadi panduan hidup,saya kira tiada masalah yang akan berlaku.Ya sememangnya kawalan ibu bapa juga perlu untuk memantau aktiviti anak-anak mereka.Tetapi ibu bapa juga perlu mendalami ilmu agama untuk diajar kepada anak-anak mereka.

tiba-tiba dalam mode serius la pulak :)

Hmmm apa kata anda?

Sekadar pendapat dari insan yg serba kekurangan *_*



No comments: