Sunday, May 9, 2010

P::P::P




Segala kesyukuranku hanya buatMu.semalam ak dapat menghadiri Perhimpunan Perdana Palestin buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.


Ak bersama 2 orang rakanku,Siti Hawa Awal dan Nurul Nabihah Othman bertolak dari UIA Gombak pada jam 4.30ptg dengan menaiki bas sekolah yg disewa oleh UIA.kena bayar rm10(xpelah demi nak pergi sana..tutup mata je bayar duit tu..huhu)

Target utama nak pergi konsert ni nak tgk shoutul harokah!
Pastu nak masukkan 'kertas' dalam tabung.
Pastu x nak jumpe sesiapa yg kenal.haha apa punya niat da..
(konfem jumpa ramai yg kenal ni nnt)

Perjalanan lebih kurang 50 minit.Sesampainya di sana,terus kami menunaikan solat asar dan terus masuk ke dewan menyaksikan persembahan Shoutul Harokah.1st time live di depan mata!
Sangat teruja!kalau boleh nak naik pentas juga.huhu


Sungguh bersemangat mereka!


Here,I learnt one thing,Jihad fi sabilillah allahu akbar!

Lepas tu,solat Maghrib.Sungguh sesak!betapa ramainya manusia yg datang ke perhimpunan ni.




Oh ya.Sempat juga terjumpa dengan sahabat-sahabat lama Sek Ren Ibn Kathir.Syafiqah,Nasirah,Cikgu Rasai dll.Cuma tak dapat jumpa dgn Hanisah Hassan.Kawan baik dulu ni.kamcing gler!

Selepas maghrib perhimpunan diteruskan dgn ucapan perasmian Datuk Bandar Shah Alam,multimedia presentation ,pidato dan juga persembahan nasyid oleh Raihan,Inheart dan semestinya Shoutul Harokah.

Kumpulan Raihan berpesan agar jauhi maksiat dan dosa sebab kalau kita banyak buat dosa,macam mana Allah nak tolong?kalau selalu buat maksiat,nanti hati akan gelap.fikir-fikirkanlah..tak guna juga semangat2 nak bebaskan Palestin kalau selalu buat dosa dan maksiat.

Semalam wakil dari Turki memberitahu bahawa sebanyak 3 buah kapal kargo dan 5 buah bot laju sudah bersedia utk berlepas ke Palestin pada 15 mei 2010 nnt.
Nanti lebih banyak lagi kapal akan ke sana.lebih kurang 20 buah kapal.

Semoga roh2 dan semangat2 malam semalam utk membebaskan Palestin terus bersemarak dalam jiwa2 anak muda yang cintakan Akhirat.

Wallahua'lam.

p/s:maaf la gambar kurang memuaskan.tak bawa dslr waktu ni.
Hawa,nasib baik sy nak g beli air.Kalau tak,x jumpa dah Syimah.hehe

2 comments:

Hawa Awal said...

huhu...~ ade chemistry...

NUR HAFIZAH said...

chemistry apa hawa?
x paham *_*