Sunday, April 25, 2010

Doaku khas untukmu..


Seusai makan pagi,hati ini terdetik untuk online.macam biasa,cek email,facebook,blog dan lain-lain.

Hari ini luar biasa rasanya.

Tiba-tiba terlihat satu post di facebook.post dari juniorku di Al-Amin suatu ketika dulu,Wan Hazimah.
Terus aku klik pada link itu.terus aku membaca blog safwan husaini.
Kira-kira,safwan husaini ni baya adik lelakiku.
Mula-mula aku tidak mengerti mengapa dinomborkan pada entry postnya.bertambah pelik,tututan nombornya semakin berkurang.Selalunya,turutan nombor itu menaik.
Lalu ku baca setiap karya puisi yg dinukilkan beliau.fahamlah aku.beliau sekarang ini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser hati.

Allahu Akbar!

Sungguh kuat adik ini.Disaat-saat beliau sakit,masih lagi mampu menulis blog,menghasilkan karya-karya yang bagiku sangat indah dan menyentuh hati..yang mampu membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Tuhanku YANG MAHA AGUNG,

"kupinta padaMu dengan serendah-rendah hati ini,sihatkanlah adik Safwan Husaini.Panjangkanlah umurnya agar beliau dapat terus berkarya,berkarya untuk mendekakatkan diri padaMu.kuatkanlah semangatnya serta keluarganya.Hanya padaMu kami hamba yang hina meminta"

Hidup ini hanya sementara

Hari ini kamu dilahirkan sebagai seorang bayi

Membesar dan terus membesar

Kamu menjadi pemuda harapan agama dan bangsa

Namun,jangan kita lupa

Kematian boleh datang bila-bila masa

Persiapkanlah diri kalian semua

Dengan bekalan iman,amal dan taqwa

Bekerjalah seperti kita akan hidup selama-lamanya

Dan beramallah seperti kita akan mati bila-bila masa

Kepada tuhan kita akan kembali

10.27 am
25/4/2010

2 comments:

Wawan Saini said...

salam singgah..
maaf atas kelewatan ke sini.
terima kasih menitip kisah saya.
saya manusia biasa saja..
berpegang pada satu benda.
"TAKDIR TAK PERNAH KEJAM PADA YANG NAMANYA MANUSIA. SEBAB IA ADALAH KETETAPAN SEBUAH TROVOLOG KEMBARA"

NUR HAFIZAH said...

iye.semoga hari-harimu dirahmati Allah selalu :)