Tuesday, October 6, 2009

Segala kemungkinan yang akan berlaku..

Alhamdulillah dah lepas dua paper midterm-CALCULUS 2 and ECONOMY.Sekarang ni,tinggal lagi dua midterm.Dua-duanya minggu depan.Subjek yang boleh dikatakan agak susah bagi sem ni..

Tup-tap tup tap..dah nak habis dah sem ni.Awal bulan 11 nanti nak final dah.Penat jugak belaja ni eh..ini baru jd budak CTS.xtau la life budak medic macam mana..sure busy giler!

Semalam,hari yg agak menyedihkan..hidup terasa seperti tidak bernyawa.Susah nak jage al-quran ni kalau tak komited.Seperti biasa,isnin malam,ak ada kelas tasmi'.Malam ni lain sikit.Modal yg dibawa utk tasmi' sangat sedikit! akibat daripada diri ini yg x pandai cari peluang utk mencari modal pada waktu lapang.Nak jd ceritanya,ustzh pun 'sound' la sikit.

Memang sedih giler..namun ak bersyukur,Allah sentiasa ingat kpd hamba-Nya..namun adakah kita setiap saat mengingatinya???

Allah mengurniakan aku kawan-kawan yg dpt menenangkan perasaan ak yg berkecamuk ketika itu..kata salah seorang kawanku:

"Semoga semua yang kita lakukan menjadi ibadah.Tiada kehidupan yang membahagiakan melainkan dalam syurga-Nya"

Sungguh jelas,kehidupan ini hanyalah tempat utk iman kita diuji.Jadi,bersabarlah duhai hati..
______________________________________________________________

Kisah lain pulak..hihi

Minggu sebelum raya,mentor saya,Kak Az telah bersemangat sekali utk mencalonkan saya utk menjadi exco Sciencess..uish,x pernah dibuat lagi ni.

Saje je nak tgk ade org undi ke x.Kalah pun xpo..mencuba nasib!
hehe..tapi,bukan sekadar mencuba nasib sebenarnya.Tentu ada sesuatu disebalik mee kan?
Udang?sotong?kerang?

Moga yg terbaik utk Election Day Sciencess esok!^_^