Friday, July 3, 2009

OJO KELALEN

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Inilah salah satu kegemaran lagu ana yang pernah didendangkan kembali oleh iQ-Nig sewaktu minggu Taaruf 08/09 di CFSIIUM dulu.

Ojo kelalen


Ini adalah trademark Nabil.1st time ana dengar ayat ni daripada arwah Muhammad Nabil Marwan.Pelik juga waktu mula2 dengar.Rupanya die keturunan Jawa.

Wajahnya mirip ibunya..bila tengok wajah ibunya tadi,teringat kat Nabil.

Kami pernah sekelas english sewaktu di Darul Quran.Sangat bijak orangnya.selalu tersenyum.

Kini,Nabil mengikut jejak langkah Ammar.Bertemu yang Maha Esa.Bahagia untuk selama-lamanya..

Ya Allah,tempatkanlah beliau di sisimu..


Baru semalam ana menziarahi beliau..namun..

Allah lebih menyayanginya..Al-Fatihah

4 comments:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

sempat jugak korang ziarah nabil.
sedih:(

MATH STUDENT said...

tp terkilan x sempat sampai waktu pengkebumian..fiza lambat bertolak..huhu

nurseri said...

salam..fizah pergi ke hari pengebumian arwah..kat sekinchan kan?

MATH STUDENT said...

wslm..ye muni kat sekinchan.tp x sempat.ktorg tiba lewat.min yg drive..