Thursday, July 30, 2009

Kematian pasti datang

29 Julai 2009-Tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi student CTS batch 081 kerana pulangnya Nur Maslina bt Abd Razak ke rahmatullah akibat kemalangan di Teruntum.

Masih ku ingat lagi ketika dalam kelas Economic smlm,arwah bertanyakan tentang Grey Market.Itulah ucapan terakhir yg aku dengar daripada arwah.

Sememangnya Allah lebih menyayangi beliau.

Pada petang itu,aku mengambil keputusan utk mengikuti rombongan IIUM ke Raub utk mengebumikan jenazah di sana.

Kami bertolak dari UIA pada jam 3.45 petang dan terus menuju ke surau yg terletak di belakang ECM bg menguruskan jenazah.Alhamdulillah segalanya selesai dengan sempurna pada jam 6 ptg.

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Felda Tersang yg terletak di Raub.
Kira-kira jam 11.00 malam kami tiba di sana dan terus menuju ke tanah perkuburan.
Sayu hati ini apabila menjejakkan kaki ke tanah perkuburan tersebut.

Apabila talkin dibacakan,bertambah sayu hati ini..aku mula menginsafi diri ini..

Cuba bayangkan diri kita yg berada di dalam tanah tersebut..banyak manakah amal baik yg kita lakukan agar dapat menemani kita di alam kubur kelak???

Alhamdulillah segalanya selesai pada jam 11.45 malam dan kami dijemput ke rumah allahyarhamah.

Tepat jam 12.45 tgh malam,kami bertolak pulang ke kampus dan tiba pada jam 5.00 pagi.

Semoga allahyarhamah Nur Maslina ditempatkan bersama para auliya' dan solihin..ameen

2 comments:

sarah said...

kak fizah kenal la?dah selamat pun arwah..kit tunggu masa je lah..:(

MATH STUDENT said...

betul2..siapkan bekalan dengan sebaiknya..