Friday, May 22, 2009

::Kisah lalu::

Kisah ini muncul dalam kotak fikiranku apabila family pergi bercuti di Pulau Pangkor pada minggu lepas.Aku sangat rindukan waktu-waktu aku berada di Darul Quran.Keindahan masjidnya yg mengagumkan dan kedamaian tasik yg menusuk jiwa.




Ketika berada di Darul Quran(atau nama singkatannya DQ) banyak kenangan manis yg terlakar.Yang paling aku suka ialah ketika Lawatan ke Pulau Pangkor bersama kumpulan Bahasa Inggeris.Pensyarah aku pada waktu itu adalah Sir Ahmad.Beliau ini boleh dikatakan sudah berumur tetapi badannya begitu cergas,secergas mindanya yg ligat berfikir.

Lawatan ke Pulau Pangkor ini adalah lawatan yang kedua kali dianjurkan oleh pensyarah dari group 6(maaf tak ingat nama beliau).Lawatan kali pertama adalah melawat pengkalan tentera di Melaka.

Tidak ramai yang mengikuti Lawatan ke Pangkor ini di atas faktor kewangan yang tidak mencukupi dan kos lawatan kali ini agak mahal.Disebabkan minatku yang mendalam untuk mengembara,ku atasi jua.


Muzium Pasir Salak



Pengkalan TLDM Lumut,Perak
(nak pergi lagi!)

kenangan bersama di TLDM Lumut



Dutch Fort,Pangkor

tepi pantai berdekatan hotel tempat kami menginap


Itulah serba sedikit pengembaraan kami di Pulau Pangkor.Tetiba aku teringat aktiviti pada malam hari.Kami menyanyi beramai-ramai tentang lagu-lagu lama.ehhmm..ada juga lagu yang tak pernah kudengar sblm ni.Tapi perkara yang tak boleh dilupakan ialah ketika pensyarah menyuruh kami(banat/sisters) menyampaikan satu persembahan.Apa yang menghalang kami membuat persembahan adalah kerana adanya kehadiran brothers pada malam itu.Maklumlah kami ni pelajar DQ,perkara begitu sememangnya tak boleh di dalam Islam.Tetapi,mereka mendesak juga.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berselawat beramai-ramai.

Itulah pengalaman yang tak boleh aku lupakan sampai bila-bila.Moga-moga ukhwah kami berkekalan selama-lamanya..

5 comments:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

i can see me weeee;p

MATH STUDENT said...

yes i can see u!

banditz88 said...

haha dato' zulkifly la
smpi ati x ingat

Siti Zulaikha Zulkifli said...

kita takde huhu..

MATH STUDENT said...

bukan x igt..ingat2 lupe..=D