Friday, May 22, 2009

20 persoalan asas P.A.L.E.S.T.I.N

Pagi tadi,selepas bersarapan terjumpa buku mengenai Palestin.Terasa seperti thaqafah(ilmu pengetahuan) ttg Palestin ini masih kurang.Lantaran itu, kita kenalah membaca,menonton dan sebagainya utk menambahkan ilmu yg kurang..

Buku ini mengisahkan 20 soalan mengenai Palestin.Antara sebab mengapa ramai masyarakat di luar sana yg masih "selesa" dgn keadaan yg berlaku di Palestin adalah kerana kurang ataupun cetek ilmunya mengenai bumi Palestin ini.Isu Palestin adalah isu umat Islam sedunia.Mengapa???
kerana di sanalah terdapatnya kiblat umat islam yg pertama dan juga tempat berlakunya Isra' dan Mi'raj.

1.DI MANAKAH PALESTIN?


-Ia terletak bersempadan dgn laut Mediteranian dan barat benua Asia.
-Bahagian utara Palestin bersempadan dgn Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di Selatan.
-Palestin terletak di kawasan beriklim mediteranian
-Keluasan Palestin pada waktu ini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

tentu anda semua pernah belajar sejarah pada waktu sekolah menengah dulu kan?ingat lagi tak apakah nama bandar tertua di dunia?Jericho kan?
Ha..sebenarnya Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih di anggap sebagai bandar yang didatangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

2.APAKAH KEISTIMEWAAN PALESTIN KEPADA UMAT ISLAM?

Menurut Al-Quran dan Sunnah:

-bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yg menjadi kiblat pertama umat Islam dan merupakan masjid ketiga yg paling suci.

-seperti yang telah diceritakan di dalam al-Quran(Isra':1) di bumi ini jugalah kejadian Isra'(perjalanan malam) berlaku,di mana nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yg penuh keajaiban ke langit.

Allah berfirman:

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Isra':1)


-ramai para anbiya' yang disebut di dalam al-Quran telah dilahirkan,dibesarkan dan disemadikan di bumi ini.Lebih 50 orang kesemuanya.

bersambung...

No comments: