Sunday, April 19, 2009

Saya ingin COUPLE???

Sabtu yg lepas selepas habis exam saya dan roommate pulang ke KL menaiki bas transnasional.Sebenarnya tak berapa suka naik bas ni.Ye la kadang2 tak tepati masa dan pemandu tak mesra pelanggan langsung.Tapi disebabkan die turun greenwood,saya naik la juga..

Travel kali ni rasa seronok sikit coz x payah bawa balik buku maths.hehe.Cuti sem ni mana ada assignment.Silibus semua dah habis..

Kembali ke topik utama.Ketika dalam perjalanan ke KL,kami duduk di seat ke 5.Depan kitorang ada sepasang kekasih.Dan dibelakang kami juga.Cuma yg bezanya, di depan melayu dan di belakang kami cina.

Kami mengisi masa lapang kami di dalam bas dengan menonton cerita Jepun.Nak mereleaskan tension AG.huhu.

Sambil tengok cerita kami perhatikan pasangan di hadapan kami.Lain macam je..Dengar2 si perempuan tu baru habis exam juga.Aish..budak uia ke?Berbagai persoalan yg datang di fikiran kami.Namun,kami tidak menghiraukan coz asyik dengan cerita jepun yg sangat best itu.

Tapi sampai satu tahap, kami tidak tahan.Mereka saling sandar-menyandar di antara satu sama lain.Dan ada pada satu masa,si jejaka menarik baju si gadis sampai ternampak bahunya..
Astaghfirullah..saya kasihankan gadis tersebut.Nak kata mereka suami isteri???jauh sekali nampaknya.Tapi siapa tahu kan?

Sekiranya mereka bukan suami isteri,apa perasaan anda?

Sekiranya anda sedang bercouple sekarang dan melakukan maksiat bersama pasangan anda, dan kemudiannya break up.Dan and mencari lagi pasangan lain dan melakukan perkara yg sama seperti sebelum ini..Di manakah harga diri anda?

Ingatlah,rumahtangga yg akan dibina pasti akan dibayangi dengan rasa bersalah pada suami/isteri anda disebabkan perbuatan anda pada masa silam.

Dimanakah kebahagiaanya nanti?

Sesungguhnya,didalam al-quran telah tercatit:



"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat
untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki
baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu
(orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka
ampunan dan rezeki yang mulia."


An-Nur:26


Jadi,hisab2lah diri anda kembali.Sekiranya inginkan perkahwinan yg suci,hentilah dari melakukan maksiat.Sucikanlah diri,dekatkanlah diri kepadaNya..

5 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...wah..ni bab bahaya,,ramai dah yng kena tipu...

CORETAN RASA HATI said...
This comment has been removed by the author.
NazwA_SaN said...

huhuhu.. peringatan kepada setiap makhluk Allah yang bernama insan.. moga diriku n dirimu tergolong dalam perempuan yg baik... amin~

CORETAN RASA HATI said...

amiinn~

Anonymous said...

i agree!