Monday, April 27, 2009

Isu tukar agama

Isu tukar agama dibawa ke kabinet

Isu penjagaan tiga orang anak yang didakwa dipaksa memeluk Islam telah dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri pada 15 April lalu.Ia membabitkan anak-anak Mohd Ridzuan Abdullah yang baru memeluk Islam dan isterinya Puan Indra Ghandhi. Mereka berusia antara setahun hingga 12 tahun.

Mohd Ridzuan, 40, atau nama sebelumnya, Patmanathan a/l Krishnan, dilaporkan telah membawa anak-anaknya itu memeluk Islam pada 12 April lalu. Beliau juga memfailkan permohonan untuk hak penjagaan mereka di Mahkamah Syariah.

Manakala ibu mereka, Indira Ghandi, merayu supaya anak-anaknya dibenarkan kembali amalkan agama asal mereka.Pada masa ini, anak bungsu mereka - Prasana Diksa - tinggal bersama Mohd Ridzuan manakala dua lagi anak mereka - Tevi Darsiny, 12, dan Karan Dinesh, 11 - kini tinggal bersama Indira.

Indra, seorang guru Tadika, kini tinggal bersama seorang anggota keluarganya kerana bimbangkan pegawai pejabat agama akan mengambil anak-anaknya itu.

source:http://www.malaysiakini.com/

No comments: