Friday, February 13, 2009

Kelahiran bayi di Gaza meningkat berganda.


Jumaat , 13/02/2009 - Hospital-hospita, di Gaza kini di penuhi oleh wanita-wanita yang melahirkan anak. Peningkatan jumlah kelahiran baru meningkat sebanyak 2 kali ganda mengatasi mereka yang terbunuh(baca:syahid) akibat serangan ZIonis-Israel. Ia seakan satu signal Allah menggantikan mereka yang syahid.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Hamam Nisman. Statistik menunjuk kelahiran di bulan Januari adalah yang tertinggi. Dalam pada itu, seorang profesor geografi dan demografi di Universiti al Aqsa menyebutkan peningkatan jumlah kelahiran ini merupakan satu ancaman kepada Zionis Israel. Ini kerana rakyat Palestin akan sentiasa menjadi rintangan kepada Zionis Israel. Akibat peningkatan ini, jurang perbezaan jumlah penduduk Gaza dengan Tebing Barat menjadi semakin kecil.


Source:http://palestinkini.info/

No comments: