Tuesday, January 20, 2009

Penganalisis Politik: Hamas akan menang dan pendokongnya lebih kuat daripada Abbas.


Selasa, 20/01/2009 - Penganalisis politik dari Universiti Carnegie Washington, Dr. Umar Hamzawi menegaskan, Hamas akan muncul sebagai pemenang dalam perang Gaza manakala pendokongnya akan lebih kuat daripada Mahmud Abbas.
Dalam diskusi yang bertajuk “Pemerintah Baru Amerika dan Masalah Arab” yang diadakan oleh Persatuan Doktor Mesir di Kaherah, Ahad (18/1) beliau mengatakan, masalah Palestin akan akan ditentukan oleh kerajaan baru Amerika yang dipimpin Barack Obama, dengan beberapa sebab. Contohnya, walau bagaimana dahsyatnya jenayah perang di Gaza, Obama lebih senang memperkatakan isu Iraq dan Afganistan. Ini kerana baginya isu Gaza sudah ditangani pihak Eropah dan tidak ada pandangan umum di Amerika berkait masalah Gaza.
Hamzawi menyakini bahawa pemerintah Amerika mempunyai krisis tersendiri dengan Hamas. Apakah mereka akan memperlakukan Gaza sebagai pihak berkuasa (yang telah diberi mandat oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah) atau sebagai gerakan terroris atau sebuah gerakan yang mempunyai sokongan kuat dari masyarakat yang tidak mudah diperlekehkan. Beliau menegaskan bahawa Hamas adalah kumpulan yang dapat memberikan perimbangan terhadap Amerika yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
sumber : COMES


source:palestinkin.info

No comments: