Monday, January 26, 2009

Partial solar eclipse on 26th January 2009

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang pada 26 Januari ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.

Dalam satu kenyataannya semalam, Angkasa berkata fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan lebih kecil daripada matahari.

"Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa,” kata kenyataan itu."

Source: Harian Metro, January 2009

No comments: