Tuesday, December 2, 2008

Sakit uji keimanan, kesabaran manusia

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.” � (Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang ‘memungut’ ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.” � (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik.”

Last 2 weeks,if i not mistaken i went back to kelantan utk jaga grandma yg masuk hospital.She had a cancer and telah selamat menjalani operation pada 10/11/08.Alhamdulillah...

So,i had been asked to stay there to take care oy my grandma for about 2 weeks.At beginning,rasa 'kekok' juga la.maklumlah x pernah jaga org sakit before this.but from the supports of my family and friends,kutabahkan jua hati ini walaupun perit..huhu

a lot of things i'd learnt from this experience.kesihatan adalah harta yg paling berharga!
and one more thing,dapat berkenalan dgn nurse,doktor n pesakit2 lain..hehe

So,to all readers,jagalah kesihatan anda.mencegah adalah lebih baik dari merawat..
Renung2kan..



Sumber:
http://ahmadzaki.wordpress.com
http://www.bharian.com.my

No comments: