Wednesday, December 3, 2008

Perbicaraan Duweik, parlimen Arab membisu.


Rabu, 03/12/2008 -Lembaga Kemanusiaan Palestin hari ini mengecam penipuan yang dilakukan dalam perbicaraan ahli parlimen Palestin yang mana mereka telah diculik oleh Zionis-Israel.

Menurut wakil mereka, Abdulla Qindil perbicaraan terhadap Ketua Dewan Perundangan Palestin Dr Aziz Duweik adalah satu keaiban bagi seluruh ahli parlimen Arab mahupun dunia kerana sepatutnya sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili suara rakyat, sepatutnya mendapat jaminan dan ahli-ahli parlimen tidak sepatutnya diserang atau ditangkap sesuka hati.

Penangkapan Duweik dan lain adalah arahan dan tekanan Zionis-Israel kepada parlimen Arab. Seluruh masyarakat Palestin mengetahui bahawa ahli parlimen yang dipilih adalah melaui pilihanraya yang bersih dan bebas.

Qindil menyeru supaya seluruh masyarakat Palestin dan dunia Arab menentang perbicaraan yang dikenakan.

Sumber:palestinkini.info

No comments: