Thursday, December 25, 2008

Gaza Makin Tenat !!


Isnin ,22/12/2008 -Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.

Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan.

Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang represif itu.

Source:http://www.palestinkini.info

No comments: