Saturday, December 13, 2008

Dari PJ ke SG BULOH

Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.
Raudhatus Sakinah telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). Raudhatus Sakinah merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. Raudhatus Sakinah telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Pada pukul 8 pg kami bertolak ke destinasi yg dituju.Trip ni under bureau of welfare medcy.
Jd disebabkan asst manager nye is my friend,dpt la menyelit2kan diri utk turut serta dlm trip ni.maklumla peserta ramai x dapat dtg coz masih di kampung halaman...

Kami tiba di sana lebih awal dr waktu yg dijangkakan.jadi,kami borak2 dlu dgn warden RS,Kak Long namanya..

pelbagai soalan diajukan..

P:dah brp lama RS ni ditubuhkan?
Kak Long:sejak tahun 1998..jd lebih kurang 10 tahun la..dlu bukan kat sini(sg buloh)..tempat asal di taman melawati

P:berapa org semuanya penghuni RS?
Kak Long:semuanya 29 org..

dan macam2 lagi la..byk aktiviti yg ktorg buat.main games n share experience..

sahabat2 di RS bangun seawal 3.30pg.masyaallah,kuat sungguh anak2 ini..
after bgn,qiam dan solat subuh berjemaah.cuba fikirkan,mereka dilatih utk mengikuti jadual ini setiap hari.setiap hari yg berlalu diisi dgn mengalunkan ayat suci alquran bersama naqibah yg secara relahati mengajar anak2 ini...

ditambah pula dgn pengajian tafsir alquran..alhamdulillah respons yg positif yg sempat ana dgr dr salah seorang sahabat di RS:

"alhamdulillah ktorg dpt paham isi alquran sket2..dlu main baca tunggang langgang..x tahu langsung maknanye..at least skrg ni kita paham isi alquran dan tahu azab2 yg diceritakan didlm alquran.."

insaf rasa diri ini apabila melihat insan2 yg suci wajahnya..ingin mendekatkan diri kpd yg Esa
Ya allah,berilah kekuatan kpd mereka ini yg ingin kembali padaMu..

No comments: