Wednesday, August 20, 2014

Selamat kembali ke alam maya

Assalamualaikum wbt...

Oh dah 2 tahun tinggalkan aktiviti menulis ini. 

Banyak yang perlu di update dan dikongsi. Stay tuned!

Sebelum terlambat, Selamat Hari Raya! Moga Allah terima amalan kita semua.


Saturday, March 24, 2012

Midsemester Break

Alhamdulillah..dah bermula cuti pertengahan semester yang terakhir sebagai undergraduate student of IIUM :)

Cuti seminggu ni takde apa-apa perancangan lagi. Jealous dengan kawan-kawan yang ke Kemboja, Sabah, Cameron Highland..huhu

Nothing much to say. Bye-bye!

Tuesday, January 31, 2012

Trip to Kedah

Bestnya jalan2 Kedah haritu! hehe kita lupakan kejap cerita pasal pelajaran. Bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman menarik yang tak seberapa ni.

Tujuan utama kami ke Kedah adalah untuk menghadiri majlis pertunangan kawan baik uia kuantan merangkap classmate :)

Bertolak ke Kedah on 22nd of January bas pukul 11.30 pagi. Naik bas Mayang Sari Ekspres. You guys, lainkali kalau nak pergi Kedah, JANGAN naik bas ni! Fuuhh..atas tiket tulis naik bas kat platform 7. Tapi bas tu ada kat platform SEMBILAN sebenarnya! and I was @#$%^&*.

First time travel ke Kedah guna bas sebenarnya. Before this travel guna train yang naik dari KL Sentral tu -_-'

Perjalanan naik bas mengambil masa selama 8 jam. Panas punggung duduk lama-lama. Tapi best bila nampak sawah padi yang hijau dan langit yang biru...AWESOME!!! SUBHANALLAH :)
Berkuasa sungguh Allah kan?


Di hari pertunangan sahabat baikku, Syifa' bt Abdull Halim



Keesokannya, kami berempat berjalan-jalan ke negeri Perlis Indera Kayangan. Mula-mula singgah di Padang Besar. Shopping 5 helai blouse.muahaha!



mai beli..mai beli!



Destinasi seterusnya, Gua Kelam. KECEWA SANGAT bila sampai sini. Pandaikan kitorang cover dengan senyuman??? Rupa2nya Gua Kelam under construction sebab banjir..adoyai salah timing kitorang datang sebenarnya. Itulah namanya TAKDE REZEKI :(



Dah puas tengok hutan, kami seterusnya singgah ke rumah mak saudara Hawa di Padang Pauh. wow mak cik hidangkan cendol dan laksa perlis. It was SUPERB!!! ALHAMDULILLAH :D
Rumah mak cik tu dikelilingi oleh sawah padi. Ya..inilah jadinya bila budak bandar yang jarang-jarang tengok sawah padi! haha



Pose yang paling menarik oleh kami semua :)



Tengah-tengah yang berbaju hijau tulah mak saudara Hawa. Macam muka Prof Muhaya. Saya menggelarkannya Prof Muhaya versi Perlis.hik3



Sehari sebelum pulang ke KL, Syifa' bawa kami jalan2 ke D' Aman Park. Ya..tasik ni sungguh besar dan lawa!



Sunset di D' Aman Park.







The last picture was taken with Hanisah Abd Rahman kat terminal bas Jitra betul2 sebelum saya naik bas untuk balik ke KL.sob3..sangat terharu bila dapat jumpa Hanisah. Seolah2 semangat dan ukhwah di dq dulu meresap masuk ke dalam diri..

Sekarang ni, Hanisah dah selamat pun jadi isteri orang. Tak ingat pulak nama suami dia. Semoga berbahagia hingga ke syurga sahabatku. Mabrouk!

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Terengganu! Nantikan post seterusnya :)


1st Entry for 2012!


Hehe today is the last day of January 2012 and this is the first post of this year!

Tadi baru sahaja check result exam for semester 1 2011/2012.

Segala puji bagi Allah..Tuhan pencipta alam :)

Ya..saya sangat bersyukur. Ini adalah exam kedua terakhir sebagai mahasiswa undergraduate IIUM.

Cuma satu subjek sahaja yang agak kureng sikit sebab memang sepanjang sem haritu tak tahu subjek tu belajar pasal apa. Kalau tengok post dulu-dulu, ada cerita pasal subjek Scientific Computing atau C++. Saya hanya dapat skor B+ sahaja. Itu dikira bernasib baik! Kawan-kawan ramai yang dapat A-. Salah satu sebab adalah saya tak bawa masuk buku untuk final exam haritu! So,memang tak kecewa sangat bila dapat B+ sebab memang saya deserve untuk banyak tu je..

Banyak kenangan manis waktu study group untuk exam sem lepas.

1. Buat 3 study group yang berlainan hanya untuk subjek Advanced Analysis (the killer subject!) haha memang sakit kepala jugak la waktu..badan pun penat. 3 group ni tak boleh bercampur. Nanti ada world war 3 terjadi. Demi nak menolong kawan-kawan, aku sanggup. Bukan apa, best bila belajar ramai2. Bertukar2 ilmu :)

2. Menonton cerita Kuch Kuch Hotta Hai pada malam exam Operational Research. Hah..yang ni serious giler! tak pernah aku buat ni. Ye la..OR paper last, lagipun paper ni lebih kurang dengan Decisional Science. So, senang je. Siap makan KFC ramai2 lagi. Alhamdulillah..waktu exam, Allah mempermudahkan semuanya. Sir ambik soalan dari buku je ^_^

3. Boleh nak kata, time malam sebelum exam baru pulun study. Sebelum tu, tidur, tengok cerita, tidur dan tidur. Aish..penyakit waktu exam!

4. Kebanyakan soalan spot masuk dalam exam :)

Alhamdulillah sekali lagi..terima kasih banyak2 dekat kawan2 yang sudi berstudy group dengan saya. Semoga Allah mempertemukan kita di lain masa. Ingat, keberkatan dan keredhaan lecturer sangat penting dalam membantu kita memahami dan menghadam ilmu pengetahuan.

Semoga Allah melindungi kita semua dari sifat riya' dan 'ujub.

CCTH3022K TAHFIZ CLASS 6 : A

MGT 3050K DECISION SCIENCE : A

MGT 4650K ENTREPRENEURSHIP : A-

SMS 3515 SCIENTIFIC COMPUTING : B+

SMS 3616 ADVANCED ANALYSIS : A-

SMS 4451 PROBABILITY AND STATISTICAL INFERENCE II : A

SMS 4674 OPERATIONAL RESEARCH : A



Sunday, December 25, 2011

Permata Hati =)

Laila haillallah muhammadur rasulullah
Laila haillallah muhammadur rasulullah
Hasbi robbi jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Laila haillallah

Dengar wahai anakku sayang
Cinta kepada Allah
Kasih kepada Rasulullah
Sayang ibu ayah

Dengar wahai anakku sayang
Jadi insan bertaqwa
Teguh iman di dalam jiwa
Dengan akhlak mulia

Cintailah Allah
Taat perintahnya
Jauhi semua larangannya

Kasih Rasulullah
Selawat keatasnya
Al Quran panduan kita

Sayang ibu ayah taburkan baktimu
Rajin belajar menuntut ilmu
Wahai anakku sayang permata hatiku
Cinta kerana Allah yang Satu